Saturday 4 July 2009

Projek derma rumah anak yatim Darul Falah

Assalamualaikum wr wbt sahabat-sahabat sekalian,

Semoga sentiasa dalam Rahmat dan Innayah-Nya. ..

Sempena kedatangan summer yang cerah dan ceria ini,
Kami ingin memohon bantuan antum semua untuk membantu projek amal tahun ini...
Projek amal ini adalah menderma untuk anak-anak yatim Darul Falah di Negeri Terengganu Darul Iman.

Kami berusaha untuk mengumpul buku-buku secondhand drp carboot untuk melengkapkan perpustakaan mereka, moga anak-anak disitu menjadi anak-anak yang berpengetahuan luas dan minat membaca...

Semua jenis buku are welcome termasuklah buku encyclopedia, buku bacaan fiction/non- fiction, buku utk brush up the brain power (crosswords, sudoku, find hidden objects etc)

atau apa-apa buku yg sesuai utk anak-anak yang berumur dari 10 tahun hingga 19 tahun. (80% anak yatim disitu berada di sekolah menengah)

Digalakkan juga untuk menderma any board games set yang berfaedah atau untuk menceriakan hidup mrk seperti Monopoly, Scrabbles, Jigsaw Puzzles etc. Dan jika jumpa alatan bantuan mengajar pun di alu-alukan.

Di harap antum dapat simpan sumbangan tersebut hingga akhir September 2009 dan dikumpul dan di pos ke rumah anak yatim berkenaan.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan derma dalam bentuk cash untuk pembayaran shipping barang2 ke Malaysia, inshaAllah..

Di kepilkan juga surat drp pengetua rumah anak yatim tersebut.

Mari sama-sama kita mencari pahala yg berterusan, sebagai amal jariah kita untuk akhirat sana.


"Dan apa sahaja yang engkau semua nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya" . (Saba':39)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)


Bantuan antum di dahulukan dengan ucapan Jazakallahu Khairan Katheeran,
b/p MSM Sheffield.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails