Saturday 7 November 2009

Kutipan Tabung Palestine


Salam ukhuwwah…

Insyaallah MSM Sheffield (melalui projek usrah) akan terus menggerakkan sumbangan kutipan tabung Palestine bagi membantu:-
  • meringankan keperitan hidup rakyat Palestine menghadapi tekanan hidup di atas kekejaman dan kezaliman Zionist atas dasar hak kemanusian yang selama ini diketepikan.
  • Pendidikan anak-anak Palestine

Untuk sumbangan bolehlah disalurkan terus ke:

  • Nama: A R B Mohmad
  • Bank: HSBC
  • Sort code: 40-41-31
  • Account no.: 41535366
  • Reference: Tabung Palestine 2010

Semoga Allah Taala memberkati segala sumbangan dan usaha kita…

Wahai orang-orang yang beriman!, Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kau dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad d jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (As-Saff 10-11)

Nota: Sila lawati laman http://msmsheffield.wordpress.com dan http://mkpalestin.blogspot.com

Derma untuk mangsa Gempa Bumi di Padang, Indonesia

An Indonesian family takes shelter from the rain under the remaining roof of their house ruined by an earthquake in Sungai Sirah, West Sumatra, Indonesia, Thursday, Oct. 1, 2009. A second powerful earthquake rocked western Indonesia on Thursday as rescuers struggled to reach survivors of the previous day’s temblor, which killed hundreds and left thousands trapped under collapsed buildings. (AP Photo/Tundra Laksamana)

Assalamualaikum wth wrbt

“ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.” [al Baqarah :251]

“ Orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infaqkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak bersedih hati.” [al Baqarah : 252]

InshaAllah, pada 19hb November 2009 ini saya akan ke Padang, Indonesia untuk menjalankan sedikit tugasan kajian PhD saya yang berkaitan dgn gempa bumi ini.

Justeru, saya berpendapat amat sesuailah dikesempatan ini kita laksanakan perintah Allah seperti disebut dalam beberapa ayat di surah Al-Baqarah di atas berkaitan dgn menginfakkan harta. Inilah masanya untuk kita menilai diri, benarkah kita yakin dgn janji2 Allah.

Sesungguhnya, rezeki yang Allah beri amatlah luas, tidak perlu kita ragui bahawa rezeki kita akan berkurangan apabila menginfakkan harta ke jalanNya. Ketahuilah, dalam setiap rezeki kita, ada rezeki untuk insan lain. Dan bersedekah kepada org2 yang dalam kesusahan adalah jauh lebih baik dan disukai Allah.
Sebagaimana kita ketahui ramai saudara-saudara seagama kita di Padang sana yang menderita akibat kejadian alam ketentuan Ilahi itu.

Oleh itu, saya dan Kak Azie wakil dari Salsabila ingin mengambil kesempatan untuk mengumpulkan DERMA (dalam bentuk wang) bagi mangsa gempa di Padang.

InshaAllah sumbangan anda akan terus dihulurkan kepada mangsa-mangsa gempa yang kesempitan di sana. Saya juga berazam untuk mencari seandainya ada rumah anak yatim di sana untuk dihulurkan derma, inshaAllah kalau berkesempatan.

Berikut saya berikan maklumat akaun saya sekiranya anda ingin menderma secara online sebelum 17 November 2009:

Nama: Miss Raudhah Ahmadi
Bank: Natwest
Akaun No: 24184586
Sort Code: 60-19-07
Reference: Derma Gempa Bumi Padang

Sumbangan ikhlas – wang tunai bolehlah dihulurkan kepada kami di Salsabila (sebelum 14 Nov 2009):

Salsabila
14, Havelock Street
S10 2FP, Sheffield

Ketahuilah bahawa seandainya anda menderma sebanyak £5, ia bersamaa Rp 78,500 yang bermakna sebuah keluarga dapat membeli makanan yg banyak bagi keperluan beberapa hari.

Semoga Allah merahmati usaha-usaha anda semua.

Jazakumullah

Raudhah Ahmadi / Azimah Omar

Nota: Sila lawati laman http://tamanraudhah .wordpress. com/

Wednesday 21 October 2009

Ceramah Palestine


Ada blog sendiri?... ingin di daftarkan di dalam Komuniti Bloggers MSMSheffield

Assalamualaikum wm. wb.

Pihak MSM Sheffield mengalu-alukan kepada saudara dan saudari sekelian yang mempunyai blog sendiri, yang berminat untuk dipaparkan di dalam Blog Komuniti Bloggers MSMSheffield sebagai medan komuniti bloggers MSM Sheffield.

Apa yang saudara/saudari perlu lakukan...

1. Hantar blog address anda ke mailing list ini atau daftarkan sahaja di ruang forum (chat yang terdapat di dalam blog Komuniti Bloggers MSMSheffield

2. Copy HTML logo MSMSheffield dan pastekan ke dalam blog anda.

3. Untuk pengguna wordpress... click di side LINK, dan click add LINK, dan masukkan maklumat di ruang yang dikehendakki. .., masukkan blog address anda di ruang Web Address dan di ruang Advanced pula psteka HTML Logo Komuniti Bloggers MSMSheffield.

4. SAVE

5. Selamat mencuba

Selamat datang di dalam Komuniti Bloggers MSMSHeffield

Yang benar,
Komuniti Bloggers MSMSheffield

Wednesday 7 October 2009

Warna-warni Muslimah, Sheffield 2009




Untuk keterangan lanjut mengenai WWM09, sila kunjungi:
http://warna- warni-muslimah. blogspot. com/

Sekian dulu, Terima kasih
Team WWM09

********************

Assalamualaikum wrt,

Sempena

warna-warni muslimah

pada 1 november ni…. jeng—jeng–jeng…

jika anak-anak anda yang suka menyanyi dan beraksi diatas pentas jangan malu-malu dan kami sangat mengalu-alukan

penyertaan mereka untuk persembahan

Musical+Choral Speaking

Peluang terbuka kepada

anak-anak perempuan remaja

yang berumur

12 tahun keatas

(sangat dialu-alukan), dan

kanak-kanak perempuan

5 tahun keatas.

Manakala tidak lupa untuk

kanak-kanak lelaki

berumur 5 hingga 10 tahun.

Tarikh tutup: 16/10/2009

Kami memerlukan 30 peserta..:)

Jangan ketinggalan untuk mendaftar segera..

sila emel ke yati_mr@yahoo.com

wsalam,
yati,
wakil helwa dan usrah sheffield

Monday 28 September 2009

Donation for MAB New centre - شراء مرآز إسلامي بفرع شيفيلد

New center at Brunswicks Street, Burngreave Sheffield

شراء مرآز إسلامي بفرع شيفيلد
نعلن للإخوة والأخوات عن خبر
شراء فرع شيفيلد لمرآز إسلامي يتسع لحوالي 1000 مصلى وبه قاعة آبيرة للاجتماع ومكاتب
هذا وإن المرآز في حاجة ماسة لدعمكم المالي.

For donations please write

cheques to:
MAB Sheffield and send it to:
12a Severn Rd, Broomhill,
Sheffield S10 2SU

Or for transfer
Sort Code: 77 74 01
Account no: 64566560

Saturday 4 July 2009

Projek derma rumah anak yatim Darul Falah

Assalamualaikum wr wbt sahabat-sahabat sekalian,

Semoga sentiasa dalam Rahmat dan Innayah-Nya. ..

Sempena kedatangan summer yang cerah dan ceria ini,
Kami ingin memohon bantuan antum semua untuk membantu projek amal tahun ini...
Projek amal ini adalah menderma untuk anak-anak yatim Darul Falah di Negeri Terengganu Darul Iman.

Kami berusaha untuk mengumpul buku-buku secondhand drp carboot untuk melengkapkan perpustakaan mereka, moga anak-anak disitu menjadi anak-anak yang berpengetahuan luas dan minat membaca...

Semua jenis buku are welcome termasuklah buku encyclopedia, buku bacaan fiction/non- fiction, buku utk brush up the brain power (crosswords, sudoku, find hidden objects etc)

atau apa-apa buku yg sesuai utk anak-anak yang berumur dari 10 tahun hingga 19 tahun. (80% anak yatim disitu berada di sekolah menengah)

Digalakkan juga untuk menderma any board games set yang berfaedah atau untuk menceriakan hidup mrk seperti Monopoly, Scrabbles, Jigsaw Puzzles etc. Dan jika jumpa alatan bantuan mengajar pun di alu-alukan.

Di harap antum dapat simpan sumbangan tersebut hingga akhir September 2009 dan dikumpul dan di pos ke rumah anak yatim berkenaan.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan derma dalam bentuk cash untuk pembayaran shipping barang2 ke Malaysia, inshaAllah..

Di kepilkan juga surat drp pengetua rumah anak yatim tersebut.

Mari sama-sama kita mencari pahala yg berterusan, sebagai amal jariah kita untuk akhirat sana.


"Dan apa sahaja yang engkau semua nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya" . (Saba':39)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)


Bantuan antum di dahulukan dengan ucapan Jazakallahu Khairan Katheeran,
b/p MSM Sheffield.

Friday 3 July 2009

Lambaian Kaabah 2009 (Haji 1430h)


Sila hubungi
Tn. Hj. Muhalim : 07-872141159
Tn. Hj. Amir : 07-939404280

Wednesday 1 July 2009

Program Aqiqah JIM 2009

Assalamualaikum,

Warga netters sekelian,
Semoga berada di bawah lembayung rahmat Illahi.

"Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud)

Aqiqah

Aqiqah ialah sembelihan binatang an'am (binatang ternakan seperti kambing, biri-biri, kibas) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad. Aqiqah merupakan sebahagian dari tanggungjawab ibubapa kepada anak. Aqiqah untuk anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. Sekiranya kurang berkemampuan aqiqah untuk anak lelaki, memadailah dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu, baki seekor (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan. Manakala anak perempuan, seekor kambing atau satu bahagian lembu.

Waktu aqiqah
1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan (sebelum anak baligh). Jika anak tersebut telah baligh, boleh aqiqahkan anak orang lain (anak saudara/sepupu/ anak yatim).
2. Bagi ibubapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.

Hikmah aqiqah

1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata
2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan
3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim (ukhwah) antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata
5. Menzahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW
6. Mendidik ibubapa supaya selalu berqurban
7. Sebagai tanda ketaatan pada Allah
8. Sebagai perlindungan bagi anak dari sebarang musibah


InsyaAllah, ibadah aqiqah ini dapat memberikan imbalan syafaat kepada ibubapa pada hari akhirat serta anak yang diaqiqahkan dapat dijauhkan daripada sebarang penyakit.

Program Aqiqah JIM dengan moto "Aqiqah Mulia di tempat yang memerlukan" adalah kesinambungan dari program-program JIM untuk membantu umat Islam di tempat yang lebih memerlukan seperti Rayuan Berbuka Puasa Ramadhan dan Rayuan Qurban dan Aqiqah JIM. Program ini dijalankan sepanjang tahun bagi mereka yang ingin melaksanakan aqiqah kepada masyarakat Muslim yang lebih memerlukan di Kemboja dan Mindanao.

Objektif

1. Untuk mengumpulkan dana untuk melaksanakan aqiqah di negara atau lokasi umat Islam yang lebih memerlukan
2. Menunaikan salah satu tanggungjawab membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana alam, dilupakan dan berjuang untuk Islam
3. Menzahirkan rasa prihatin dan kasih sesama umat Islam di Sudan, Palestin, Mindanao, Selatan Thailand, Afghanistan, Sri Lanka, Indonesia, Kemboja, Hidayah Centre, Vietnam dan negara serta tempat-tempat lain yang memerlukan

Semoga ibadah aqiqah melalui program ini mendapat keutamaan daripada Allah SWT disamping memenuhi keperluan umat Islam. Penyertaan program ini dibuka sepanjang tahun.

Penyertaan adalah mengikut pemilihan lembu atau kambing.

1. RM 300 - Satu Bahagian Lembu
2. RM 500 - Satu Ekor Kambing

Pembayaran boleh dibuat melalui;

1. Cek / MO / PO / Tunai / Bank In / Pindahan akaun

2. Electronic Fund Transfer (EFT)

Nama akaun: PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
No akaun: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 1211 3010 005 797

Note:

1. Untuk pembayaran melalui cek, mohon tuliskan nama dan "Qurban & Aqiqah JIM" dibelakang cek.

2. Poskan ke alamat;

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
LOT 300.2, LORONG SELANGOR
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR

3. Mohon fakskan bank in slip ke +603-41071754 (u/p: JK Dana) atau scan dan emelkan ke Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM atau smskan ke +6019-6109293. Ini adalah bertujuan memudahkan bahagian kewangan membuat pelarasan akaun JIM.

4. TERKINI !!! Pembayaran juga boleh dibuat melalui JIM e-bazaar

Untuk maklumat lanjut,

Hubungi Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM 1430H (PIC: Jun & Nana) ditalian +60341053159 @ +60341089669 @ +60196109293

Jika anda berminat untuk mempromosikan program Qurban & Aqiqah di pejabat, surau, dll, hubungi kami ditalian di atas. InsyaAllah, kami akan datang memberikan taklimat tentang Qurban & Aqiqah JIM di tempat anda.

Klik, untuk muat turun borang aqiqah. Sila layari http://qa-jim.blogspot.com/


Kerjasama dan sokongan dari semua dalam menjayakan program ini amat kami hargai.

Daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah: Dengan nama Allah, ya Allah bagiMu dan kepadaMu kupersembahkan akikah si Fulan atau Fulanah." (Riwayat Al-Baihaqi)

Semoga ibadah aqiqah ini diterima sebagai amal soleh demi mendapat keredhaan dan keampunan Illahi serta pembuka jalan bagi kita ke pintu syurga.

JOM AQIQAH...

Monday 29 June 2009

Kuliah Bulanan MSM - 1/7/2009 Perubahan tarikh

Perubahan tarikh

Kuliah Bulanan MSM bertajuk
Al Walaa' wal Baraa'
oleh Us Mazrul
akan diadakan pada
1/7/2009 hari Rabu jam 7.30malam
di MHWS
untuk semua warga Sheffield postgrad dan undergrad

Sila war-warkan kepada semua muslimin dan muslimat di Sheffield.

Wednesday 24 June 2009

Kuliah umum MSMSheffield - 30/6/2009


Ceramah Umum MSM bertajuk
Al Walaa' wal Baraa'
oleh Us Mazrul
akan diadakan pada
30/6/2009 hari Selasa jam 7.30malam
di MHWS
untuk warga Sheffield postgrad dan undergrad

Sila war-warkan kepada semua muslimin dan muslimat Sheffield.

Saturday 16 May 2009

Pendaftaran PERKEMAS 2009


1. Pembayaran Yuran

a) Yuran sewa tapak setiap peserta untuk keseluruhan program:

Dewasa :£16.00
Remaja (13-18 thn) :£8.00
Anak (1-12 thn) :£4.00

b) Yuran makan setiap peserta peserta untuk keseluruhan program:

Dewasa / Anak (13 thn keatas):£12.00
Anak (3-12 thn) :£5.00

c) Yuran PTT (sekali pembayaran sahaja)
Anak (4-12 thn) :£5.00

2. Pendaftaran awal amat dialu-alukan sebelum 25 Julai 2009 atau untuk maklumat selanjutnya sila hubungi:

Wakil Perkemas iaitu Sdr Roesli @ Sdr Luqman
di alamat emel:
msm_perkemas@yahoo.co.uk
Related Posts with Thumbnails