Tuesday 11 May 2010

BICARA - THE MALAYSIAN POSTGRADUATE ASSOCIATION FOR UK & EIRE

Assalamualaikum dan Salam Hormat

Email ini dituju kepada semua Presiden, Pengerusi Persatuan, Penghulu dan Sahabat Rakan Penuntut Malaysia sekalian,

Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Perkara 1: Sukacita dimaklumkan bahawa THE MALAYSIAN POSTGRADUATE ASSOCIATION FOR UK & EIRE (http://ukeirempa.com) akan menganjurkan program bersifat akademik yang dinamakan BICARA (Syarahan dan Forum) yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Meeting Room No 2,Union Building, University of Leeds.

TEMA : “INTERNALIZATION OPPORTUNITIES FOR MALAYSIAN POSTGRADUATE STUDENTS”

Objektif Program :
1. Perkongsian pengalaman dan tips - oleh akademia IPTA Malaysia yang berpengalaman luas, untuk akademia muda
2. Program motivasi untuk pascasiswazah Malaysia di UK
3. Pencetus kumpulan sokongan (support group) untuk pascasiswazah Malaysia di UK
4. Mengisi Tabungan MPA

Penceramah dan Panelis Forum;
i. PM Dr Omar Yaakob - Timbalan Dekan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia
ii. Wakil The Malaysian Postgraduate Association
iii. Kita juga menjemput wakil MSD.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati sekiranya saudar saudari dapat membantu menghebahkan dan memaklumkan tentang program kepada semua rakan Malaysia di UK.

Maklumat kejohanan dan pendaftaran boleh dicapai di laman web berikut, http://ukeirempa.com/Home_Page.php dan pendaftaran boleh dibuat

Pendaftaran : Cik Noni Nadiah (Leeds)
email : mpauk.sekretariat@ googlemail. com dengan yuran minima £3.00 untuk ahli dan £4.00 kepada bukan ahli.

Sumbangan untuk tabungan juga amatlah kami alukan.

Dilampirkan juga poster program utk maklumat lanjut.

2. Perkara 1: Malaysian Postgraduate Association for UK and Eire (MPA) telah menubuhkan Group MPA di laman sosial Facebook!Pembinaan laman tersebut adalah sebagai salah satu usaha untuk mendekati ahli-ahli MPA dan juga merupakan medium "favourite" bagi kebanyakan ahli-ahli MPA.

Semua ahli postgraduate yang mempunyai akaun di Facebook dijemput untuk menyertai group tersebut.

Cuma taip "THE MALAYSIAN POSTGRADUATE ASSOCIATION FOR UK AND EIRE" di kotak serch dan klik "Join" .

Akhir sekali, segala jasa baik semua rakan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

SEKRETARIAT BICARA
Malaysian Postgraduate Association for UK Eire
Related Posts with Thumbnails