Friday 13 August 2010

Misi Kasih Pakistan: Pakistan Floods Appeal...

Pada 28 Julai 2010 yang lalu, dunia dikejutkan dengan bencana alam banjir yang melanda Pakistan. PBB melaporkan banjir yang kini melanda Pakistan adalah krisis kemanusiaan terburuk sejak beberapa tahun lalu dengan 14 juta orang terjejas menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian Tsunami 2004 dan gempa bumi dia Kashmir dan Haiti. Sehingga kini banjir yang melanda telah memusnahkan beratus-ratus perkampungan, lebih 30,000 kediaman musnah, kemudahan infrastruktur rosak teruk dan mengancam lebih banyak nyawa ketika angka kematian kini melebihi 1600 orang.

Pihak MSM Sheffield dengan ini melancarkan projek “MISI KASIH PAKISTAN: Pakistan Flood Appeal” untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pakistan.
Kutipan derma akan bermula hari ini 4 Ramadhan 1431 H dan berakhir pada 1 Syawal 1431 H.

Bagaimana setiap pound yang disumbangkan dapat membantu?

£ 15 dapat menyumbangkan 6 helai selimut untuk mereka yang tiada tempat kediaman selepas banjir.

£ 30 dapat membantu memberi imunisasi kepada 30 orang kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.

£ 40 dapat menyumbangkan 16 kelambu nyamuk (mosquito nets) untuk mengelakkan mangsa banjir daripada mendapat penyakit.

£ 50 dapat membekalkan 5 keluarga bekalan air minuman bersih.

£100 boleh membeli peralatan dapur untuk 6 buah keluarga yang hilang segalanya ketika banjir.


Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

Nama : MISS ZULFA H B ASHAARI
Account Number :2 4 1 9 4 0 6 9
Sort Code : 60-19-07
Bank: Natwest
References : MSMPFA

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Paksitan. Mari kita mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

"Ubaadah ibn as-Saamit, Rasulullah ﷺ berkata: “Ramadan sudah tiba, bulan barakah, Allah menyelubungi kita dengan RahmahNya, Dia memadamkan dosa-dosa, Dia memerhatikan kita berlumba untuk kebaikan, Dia bermegah mengenai kita kepada malaikatNya. Oleh itu, tunjukkan kepada Allah yang terbaik, sesungguhnya yang bermuram adalah yang dihalang dari mendapat rahmah Allah.” (HR Tabrani- Saheeh)

Sekian, Wassalam.

Zulfa Hanan Ashaari
Pengarah Projek Misi Kasih Pakistan,
CPO Sheffield,
PhD Student,
Department of Geography,
University of Sheffield,
Winter Street, Sheffield S10 2TN
http://msmsheffield.wordpress.com/

Tuesday 10 August 2010

Misi Kasih SRINPEK

Assalamualaikum wth wrbt.

Ahlan Wasahlan Ya Ahli Ramadhan



Bangunan sekolah sediada yang disewa dari Majlis Perbandaran Kulim Kedah di Jalan Kilang Lama

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan dimana segala amalan kita dilipatgandakan pahalanya, pihak MSM Sheffield bersyukur kerana dapat menganjurkan 'Misi Kasih SRINPEK'. Misi ini adalah bertujuan mengumpulkan derma untuk projek pembangunan Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Penghulu Elang Kulim Kedah (SRINPEK) http://www.srinpek.edu.my/. Untuk maklumat lanjut, bersama ini disertakan lampiran daripada pihak pengurusan tentang kempen kutipan dana ini sila klik Dana Wakaf Bangunan Sekolah SRINPEK.

Kutipan derma ini akan bermula pada hari ini sehingga 25 Ramadhan pada tahun ini. InshaAllah, saya akan balik ke Malaysia pada 26 Ramadhan nanti dan akan berusaha menunaikan amanah untuk menyampaikan wang derma ini kepada pihak pengurusan, dalam bulan Ramdhan tahun ini juga.



Derma sahabat-sahabat sekalian bolehlah dihulurkan terus kepada saya atau secara online banking, pada butir-butir dibawah:-

Nama: Ahmadi R
Account No: 24236594
Sort Code: 60-19-07
Bank: Natwest
Ref: MKSrinpek

Sahabat sekalian, Rasulullah s.a.w sangat pemurah di bulan Ramadan. Para sahabat berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersedekah bagaikan angin bertiup - tidak terkira banyaknya. Maka jangan kedekut - bersedekahlah walaupun hanya dengan separuh buah tamar. Beri dalam senyap sebanyak yang mungkin – dan adalah lebih baik tidak diketahui orang.

Sekian, jazakumullah khairan kathira.

Wassalam,
Pengarah Projek Misi Kasih SRINPEK,
Raudhah
MSM Sheffield
Related Posts with Thumbnails