Showing posts with label Derma. Show all posts
Showing posts with label Derma. Show all posts

Friday, 13 August 2010

Misi Kasih Pakistan: Pakistan Floods Appeal...

Pada 28 Julai 2010 yang lalu, dunia dikejutkan dengan bencana alam banjir yang melanda Pakistan. PBB melaporkan banjir yang kini melanda Pakistan adalah krisis kemanusiaan terburuk sejak beberapa tahun lalu dengan 14 juta orang terjejas menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian Tsunami 2004 dan gempa bumi dia Kashmir dan Haiti. Sehingga kini banjir yang melanda telah memusnahkan beratus-ratus perkampungan, lebih 30,000 kediaman musnah, kemudahan infrastruktur rosak teruk dan mengancam lebih banyak nyawa ketika angka kematian kini melebihi 1600 orang.

Pihak MSM Sheffield dengan ini melancarkan projek “MISI KASIH PAKISTAN: Pakistan Flood Appeal” untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pakistan.
Kutipan derma akan bermula hari ini 4 Ramadhan 1431 H dan berakhir pada 1 Syawal 1431 H.

Bagaimana setiap pound yang disumbangkan dapat membantu?

£ 15 dapat menyumbangkan 6 helai selimut untuk mereka yang tiada tempat kediaman selepas banjir.

£ 30 dapat membantu memberi imunisasi kepada 30 orang kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.

£ 40 dapat menyumbangkan 16 kelambu nyamuk (mosquito nets) untuk mengelakkan mangsa banjir daripada mendapat penyakit.

£ 50 dapat membekalkan 5 keluarga bekalan air minuman bersih.

£100 boleh membeli peralatan dapur untuk 6 buah keluarga yang hilang segalanya ketika banjir.


Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

Nama : MISS ZULFA H B ASHAARI
Account Number :2 4 1 9 4 0 6 9
Sort Code : 60-19-07
Bank: Natwest
References : MSMPFA

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Paksitan. Mari kita mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

"Ubaadah ibn as-Saamit, Rasulullah ﷺ berkata: “Ramadan sudah tiba, bulan barakah, Allah menyelubungi kita dengan RahmahNya, Dia memadamkan dosa-dosa, Dia memerhatikan kita berlumba untuk kebaikan, Dia bermegah mengenai kita kepada malaikatNya. Oleh itu, tunjukkan kepada Allah yang terbaik, sesungguhnya yang bermuram adalah yang dihalang dari mendapat rahmah Allah.” (HR Tabrani- Saheeh)

Sekian, Wassalam.

Zulfa Hanan Ashaari
Pengarah Projek Misi Kasih Pakistan,
CPO Sheffield,
PhD Student,
Department of Geography,
University of Sheffield,
Winter Street, Sheffield S10 2TN
http://msmsheffield.wordpress.com/

Tuesday, 10 August 2010

Misi Kasih SRINPEK

Assalamualaikum wth wrbt.

Ahlan Wasahlan Ya Ahli Ramadhan



Bangunan sekolah sediada yang disewa dari Majlis Perbandaran Kulim Kedah di Jalan Kilang Lama

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan dimana segala amalan kita dilipatgandakan pahalanya, pihak MSM Sheffield bersyukur kerana dapat menganjurkan 'Misi Kasih SRINPEK'. Misi ini adalah bertujuan mengumpulkan derma untuk projek pembangunan Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Penghulu Elang Kulim Kedah (SRINPEK) http://www.srinpek.edu.my/. Untuk maklumat lanjut, bersama ini disertakan lampiran daripada pihak pengurusan tentang kempen kutipan dana ini sila klik Dana Wakaf Bangunan Sekolah SRINPEK.

Kutipan derma ini akan bermula pada hari ini sehingga 25 Ramadhan pada tahun ini. InshaAllah, saya akan balik ke Malaysia pada 26 Ramadhan nanti dan akan berusaha menunaikan amanah untuk menyampaikan wang derma ini kepada pihak pengurusan, dalam bulan Ramdhan tahun ini juga.



Derma sahabat-sahabat sekalian bolehlah dihulurkan terus kepada saya atau secara online banking, pada butir-butir dibawah:-

Nama: Ahmadi R
Account No: 24236594
Sort Code: 60-19-07
Bank: Natwest
Ref: MKSrinpek

Sahabat sekalian, Rasulullah s.a.w sangat pemurah di bulan Ramadan. Para sahabat berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersedekah bagaikan angin bertiup - tidak terkira banyaknya. Maka jangan kedekut - bersedekahlah walaupun hanya dengan separuh buah tamar. Beri dalam senyap sebanyak yang mungkin – dan adalah lebih baik tidak diketahui orang.

Sekian, jazakumullah khairan kathira.

Wassalam,
Pengarah Projek Misi Kasih SRINPEK,
Raudhah
MSM Sheffield

Saturday, 7 November 2009

Kutipan Tabung Palestine


Salam ukhuwwah…

Insyaallah MSM Sheffield (melalui projek usrah) akan terus menggerakkan sumbangan kutipan tabung Palestine bagi membantu:-
  • meringankan keperitan hidup rakyat Palestine menghadapi tekanan hidup di atas kekejaman dan kezaliman Zionist atas dasar hak kemanusian yang selama ini diketepikan.
  • Pendidikan anak-anak Palestine

Untuk sumbangan bolehlah disalurkan terus ke:

  • Nama: A R B Mohmad
  • Bank: HSBC
  • Sort code: 40-41-31
  • Account no.: 41535366
  • Reference: Tabung Palestine 2010

Semoga Allah Taala memberkati segala sumbangan dan usaha kita…

Wahai orang-orang yang beriman!, Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kau dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad d jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (As-Saff 10-11)

Nota: Sila lawati laman http://msmsheffield.wordpress.com dan http://mkpalestin.blogspot.com

Derma untuk mangsa Gempa Bumi di Padang, Indonesia

An Indonesian family takes shelter from the rain under the remaining roof of their house ruined by an earthquake in Sungai Sirah, West Sumatra, Indonesia, Thursday, Oct. 1, 2009. A second powerful earthquake rocked western Indonesia on Thursday as rescuers struggled to reach survivors of the previous day’s temblor, which killed hundreds and left thousands trapped under collapsed buildings. (AP Photo/Tundra Laksamana)

Assalamualaikum wth wrbt

“ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.” [al Baqarah :251]

“ Orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infaqkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak bersedih hati.” [al Baqarah : 252]

InshaAllah, pada 19hb November 2009 ini saya akan ke Padang, Indonesia untuk menjalankan sedikit tugasan kajian PhD saya yang berkaitan dgn gempa bumi ini.

Justeru, saya berpendapat amat sesuailah dikesempatan ini kita laksanakan perintah Allah seperti disebut dalam beberapa ayat di surah Al-Baqarah di atas berkaitan dgn menginfakkan harta. Inilah masanya untuk kita menilai diri, benarkah kita yakin dgn janji2 Allah.

Sesungguhnya, rezeki yang Allah beri amatlah luas, tidak perlu kita ragui bahawa rezeki kita akan berkurangan apabila menginfakkan harta ke jalanNya. Ketahuilah, dalam setiap rezeki kita, ada rezeki untuk insan lain. Dan bersedekah kepada org2 yang dalam kesusahan adalah jauh lebih baik dan disukai Allah.
Sebagaimana kita ketahui ramai saudara-saudara seagama kita di Padang sana yang menderita akibat kejadian alam ketentuan Ilahi itu.

Oleh itu, saya dan Kak Azie wakil dari Salsabila ingin mengambil kesempatan untuk mengumpulkan DERMA (dalam bentuk wang) bagi mangsa gempa di Padang.

InshaAllah sumbangan anda akan terus dihulurkan kepada mangsa-mangsa gempa yang kesempitan di sana. Saya juga berazam untuk mencari seandainya ada rumah anak yatim di sana untuk dihulurkan derma, inshaAllah kalau berkesempatan.

Berikut saya berikan maklumat akaun saya sekiranya anda ingin menderma secara online sebelum 17 November 2009:

Nama: Miss Raudhah Ahmadi
Bank: Natwest
Akaun No: 24184586
Sort Code: 60-19-07
Reference: Derma Gempa Bumi Padang

Sumbangan ikhlas – wang tunai bolehlah dihulurkan kepada kami di Salsabila (sebelum 14 Nov 2009):

Salsabila
14, Havelock Street
S10 2FP, Sheffield

Ketahuilah bahawa seandainya anda menderma sebanyak £5, ia bersamaa Rp 78,500 yang bermakna sebuah keluarga dapat membeli makanan yg banyak bagi keperluan beberapa hari.

Semoga Allah merahmati usaha-usaha anda semua.

Jazakumullah

Raudhah Ahmadi / Azimah Omar

Nota: Sila lawati laman http://tamanraudhah .wordpress. com/
Related Posts with Thumbnails